top of page

RUMAH JALINAN KASIH

Rumah Jalinan Kasih ditubuhkan bagi memberikan peluang kepada anak-anak yang tidak mendapat pendidikan dan keperluan asas disebabkan oleh kemiskinan dan yatim untuk diberikan perlindungan sepenuhnya.

 

Rumah Jalinan Kasih dinaungi dan didaftarkan dibawah Persatuan Kebajikan Anak-Anak Harapan (PETAH) pada tahun 2011. Sebagai sebuah badan NGO pihak pengurusan Rumah Jalinan Kasih memerlukan bantuan dan sokongan dari semua pihak bagi membantu terutama keperluan asas yang sangat diperlukan bagi memastikan anak-anak ini mendapat perlindungan dan kehidupan yang sempurna bagi meneruskan kehidupan mereka.

 

Rumah Jalinan Kasih juga berfungsi sebagai rumah untuk mengumpulkan barangan sumbangan dari masyarkat makanan, pakaian, perabot dan pelbagai barangan lain yang dirasakan dapat membantu mengurangkan bebanan pihak Rumah Jalinan Kasih mengagihkan kepada golongan asnaf zakat yang lain yang berada disekitar mukim tempat Rumah Jalinan Kasih.

 

Sejak kedatangan mereka , Rumah Jalinan Kasih telah menampung 28 kanak-kanak yang terdiri daripada 9 kanak-kanak lelaki dan 15 kanak-kanak perempuan . Rumah Jalinan Kasih sedia memenuhi keperluan asas (termasuk makanan, tempat tinggal dan pakaian). Selain itu, kanak-kanak ini juga dilengkapi dengan kemudahan pendidikan serta jaminan kesihatan.

 

Semoga usaha murni ini bukan sekadar dapat membantu golongan yang memerlukan bantuan, malahan akan memberikan keberkatan rezeki dan kehidupan kepada masyarakat yang membantu. Amin Ya Rabbal Alamin.

Rumah Jalinan Kasih

© 2015 by Rumah Jalinan Kasih. All Right Reserved.

bottom of page